1. Bertanggungjawab dan melapor kepada Ketua Pegawai Pusat Kecemerlangan.
2. Merancang dan melaksanakan program-program latihan dan pembangunan.
3. Membuat promosi berkaitan latihan-latihan dan projek Go-Barakah.
4. Memastikan kualiti latihan dan menyediakan latihan yang relevan dengan keperluan peserta.
5. Melaksanakan pelan strategik pusat latihan termasuk program latihan dan modul konsultansi yang bersesuaian dengan keperluan pasaran, termasuk program TVET dan Micro-Credentials yang berdaftar di bawah HRDC.
6. Membantu melaksanakan pengurusan operasi harian pusat, memastikan kelancaran pelaksanaan latihan dan konsultansi serta penggunaan sumber daya yang cekap.
7. Membantu dalam pembangunan kurikulum, khususnya bagi program TVET dan Micro-Credentials; merancang dan membangunkan kursus latihan serta program konsultansi yang berkesan dan selaras dengan perkembangan industri dan teknologi semasa.
8. Mengurus pasukan jurulatih dan perunding, termasuk merekrut, melatih serta memantau prestasi mereka.
9. Membina hubungan dengan pelanggan dengan memahami keperluan mereka serta memastikan kepuasan terhadap perkhidmatan yang diberikan.
10. Memantau dan menilai keberkesanan program latihan dan konsultansi menggunakan maklum balas peserta serta data prestasi bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan.
11. Merancang strategi pemasaran dan promosi untuk memajukan pusat latihan serta perkhidmatan konsultansi kepada bakal pelanggan.
12. Membantu dalam pengurusan kewangan pusat, termasuk perancangan perbelanjaan, pengurusan kos serta penyediaan laporan bagi mesyuarat mingguan, bulanan dan suku tahunan.
13. Menggalakkan inovasi serta penggunaan metodologi latihan dan konsultansi yang terkini bagi memastikan pusat kekal relevan dan kompetitif.
14. Memastikan semua program, latihan dan kursus disiarkan melalui saluran media sosial rasmi.
1. Mempunyai sekurang-kurangnya Diploma atau Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia, Pentadbiran Perniagaan, Pengurusan Perniagaan, Komunikasi, atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan, atau kelayakan setaraf dengannya.
2. Mempunyai Sijil Profesional berikut:
I. Train the Trainer (TTT)
II. HRD Corp Certified Trainer
III. Sijil Instructional Design atau Pembelajaran Dewasa (Adult Learning Certification)
3. Mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) tahun pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan adalah satu kelebihan.
4. Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik serta keupayaan menyampaikan idea atau maklumat secara lisan dengan berkesan kepada audiens.
5. Mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam menggunakan sumber pembelajaran digital yang menarik dan berkesan, serta mampu menarik perhatian audiens daripada pelbagai latar belakang.
6. Mempunyai kemahiran interpersonal yang baik, berkeyakinan dan boleh berkomunikasi dengan jelas. Berkemampuan untuk merancang, menyusun dan mengurus tugasan serta sumber dengan cekap demi mencapai matlamat organisasi dalam tempoh masa yang ditetapkan.
7. Mempunyai kepimpinan, daya kreativiti dan pemikiran kritis, berkemahiran tinggi dalam pengurusan, komited terhadap kerja berpasukan, bersifat analitis, fleksibel, proaktif dan mampu bekerjasama dengan semua peringkat anggota serta menjalin hubungan dengan agensi luar.
8. Berpengetahuan dan mahir menggunakan aplikasi Microsoft Office.
Copyright ©kpmaiwp.edu.my 2024
YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”
Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.
Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.