Jawatan Kerjaya

TIMBALAN KETUA PEGAWAI KEWANGAN

JABATAN / BAHAGIAN

Jabatan Kewangan

TARAF JAWATAN

Kontrak

Ringkasan Bidang Tugas
  1. Bertanggungjawab membantu Ketua Pegawai Kewangan dalam merangka, merancang dan melaksanakan belanjawan, ramalan kewangan serta strategi kewangan jangka panjang syarikat.
  2. Bertanggungjawab menyemak, menilai dan menyokong dokumen tuntutan bayaran operasi bagi memastikan ketepatan dan pematuhan kepada dasar kewangan.
  3. Bertanggungjawab menyemak, menilai dan menyokong permohonan perolehan jabatan selaras dengan prosedur dan garis panduan yang ditetapkan.
  4. Bertanggungjawab menyelia, menyelaras serta mengetuai projek atau tugasan pembangunan dasar dan prosedur operasi standard (SOP) jabatan.
  5. Bertanggungjawab menyemak, menilai dan mengesahkan jumlah tuntutan pembiayaan pelajar dengan memastikan ketelusan serta pematuhan kepada peraturan kewangan.
  6. Bertanggungjawab menyelia, menyelaras dan menyediakan rekod hasil serta laporan Akaun Belum Terima secara berkala bagi tujuan pemantauan dan kawalan kewangan.
  7. Bertanggungjawab menyelia, menilai dan mengesahkan pelaporan pengurusan aset syarikat agar mematuhi dasar serta keperluan pengurusan kewangan yang cekap, tepat dan telus.
  8. Bertanggungjawab membantu dalam penyediaan dan pembentangan pelaporan syarikat secara berkala kepada pihak pengurusan dan Lembaga Pengarah.
Syarat Kelayakan Minimum
  1. Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Perakaunan atau kelayakan setaraf yang diiktiraf oleh kerajaan, serta mempunyai pengalaman kerja yang relevan dalam bidang perakaunan.
  2. Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai pengalaman menyelia atau sekurang-kurangnya enam (6) hingga lapan (8) tahun bekerja dalam Bahagian Perakaunan, Perolehan atau Pengurusan Kewangan.
  3. Berpengetahuan luas dan mahir dalam penggunaan komputer, khususnya aplikasi perakaunan berkomputer, Microsoft Excel dan Microsoft PowerPoint.
  4. Berkebolehan berfikir secara kreatif dan kritis, mempunyai keupayaan tinggi dalam pengurusan, komited terhadap kerja berkumpulan, analitis, fleksibel, proaktif serta berkemampuan menjalin kerjasama dengan semua lapisan anggota dan membina hubungan baik dengan agensi luar.
  5. Berkebolehan menyediakan dan menyampaikan pembentangan pelaporan kewangan dengan jelas, sistematik dan berkesan.

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.