Jawatan Kerjaya

PEGAWAI TADBIR (KETUA BAHAGIAN)

JABATAN / BAHAGIAN

Bahagian Pengurusan & Pentadbiran Pelajar Antarabangsa

TARAF JAWATAN

Kontrak

Ringkasan Bidang Tugas
  1. Mengetuai Bahagian Pengurusan & Pentadbiran Pelajar Antarabangsa (BPPA) di bawah Pejabat Pendaftar.
  2. Berurusan dengan pihak Education Malaysia Global Services (EMGS) bagi pengeluaran pas dan visa pelajar.
  3. Menyediakan Laporan Sukuan Makmal Pengurusan Warga Asing kepada Jabatan Pengajian Tinggi.
  4. Menguruskan pembaharuan kelulusan pengambilan pelajar antarabangsa dengan Jabatan Pengajian Tinggi dan Kementerian Dalam Negeri.
  5. Bekerjasama dengan jabatan berkaitan dalam penyediaan serta pengemaskinian dasar dan polisi berkaitan pengurusan serta pentadbiran pelajar antarabangsa.
  6. Bekerjasama dengan jabatan berkaitan bagi memastikan kebajikan pelajar antarabangsa terjaga sepanjang pengajian di KPMAIWP.
  7. Meningkatkan kualiti BPPA melalui survei dan maklum balas daripada pelajar antarabangsa.
Syarat Kelayakan Minimum
  1. Mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang berkaitan.
  2. Mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) tahun pengalaman dalam bidang pengurusan dan pentadbiran pelajar antarabangsa di dalam institusi pendidikan.
  3. Pro-aktif dan mampu bekerja dengan pengawasan yang minimum.
  4. Komited dalam kerja berkumpulan, fleksibel dan berkemampuan bekerjasama dengan semua lapisan anggota kerja serta mempunyai kemahiran interpersonal dan komunikasi yang baik.
  5. Kebolehan berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa lnggeris dengan baik.

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.