IKB Meraikan Konvokesyen ke-31, Mengiktiraf 97 Graduan Dalam Program Kemahiran Dan Vokasional

Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) hari ini menganjurkan Majlis Konvokesyen ke-31, meraikan pencapaian 97 graduan daripada pelbagai program kemahiran dan vokasional. Majlis yang berlangsung di International Youth Centre (IYC) ini disempurnakan oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Kehadirannya menunjukkan komitmen kerajaan […]

Ketua Pegawai Eksekutif Meraikan Pelajar Baharu KPMAIWP Sesi JUN 2025

KUALA LUMPUR – Prof. Madya Dr. Haji Mohammad Firdaus Low Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPMAIWP) hadir di hari pendaftaran pelajar Baharu KPMAIWP, bagi menyantuni para pelajar dan ibu bapa yang hadir dari seluruh negeri bagi pendaftaran pelajar baharu sesi Jun 2025. Ketua Pegawai Eksekutif meluangkan masa bertemu pada pelajar baharu […]

KPBKL KINI DIKENALI SEBAGAI KOLEJ PROFESIONAL MAIWP (KPMAIWP)

KUALA LUMPUR, 13 Mei 2025 – Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) pada hari ini melakar sejarah apabila telah digabungkan dengan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) menerusi Majlis Penstrukturan Semula Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) di bawah naungan Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL), dijenamakan sebagai Kolej Profesional MAIWP (KPMAIWP). Penggabungan ini merupakan usaha MAIWP memperkasa pembangunan […]

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.