Jawatan Kerjaya

PEGAWAI TADBIR

JABATAN / BAHAGIAN

BAHAGIAN PERANCANGAN STRATEGIK & KOMUNIKASI

TARAF JAWATAN

KONTRAK

Ringkasan Bidang Tugas
  1. Menjalin hubungan strategik dengan pihak media, agensi kerajaan, NGO dan pihak berkepentingan.
  2. Menyediakan kenyataan akhbar, ucapan rasmi serta menjawab pertanyaan media.
  3. Menguruskan sidang media, temu bual dan sesi publisiti bagi pihak KPMAIWP.
  4. Menyediakan bahan komunikasi rasmi seperti laporan tahunan, buletin, brosur profil institusi dan bahan promosi.
  5. Membantu menguruskan naratif institusi termasuk pembangunan mesej utama (key messages) organisasi.
  6. Menyelaras komunikasi dalaman dan luaran agar selaras dengan strategi penjenamaan KPMAIWP.
  7. Merancang dan melaksanakan kandungan media sosial, laman web serta saluran digital rasmi kolej.
  8. Memantau sentimen dan maklum balas awam terhadap KPMAIWP di platform digital.
  9. Memantau laporan analitik prestasi digital serta mencadangkan penambahbaikan.
  10. Menyokong penyelarasan protokol dan publisiti untuk majlis rasmi, program outreach, penajaan, CSR dan kolaborasi strategik.
  11. Menyediakan kit media dan publisiti acara.
  12. Menyemak dan menyunting semua bahan komunikasi sama ada untuk cetakan, laman sesawang, ucapan, siaran media atau media sosial agar selaras dengan gaya penulisan korporat dan panduan institusi.
  13. Memastikan kandungan tepat, profesional dan bebas daripada kesalahan tatabahasa, fakta serta sensitiviti yang boleh menjejaskan reputasi KPMAIWP.
  14. Bertanggungjawab memperkukuhkan inisiatif perhubungan awam dan media di KPMAIWP.
  15. Memberi khidmat editorial kepada jabatan atau unit lain yang memerlukan bahan komunikasi rasmi.

 

Syarat Kelayakan Minimum
  1. Mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam Komunikasi Massa, Perhubungan Awam, Pengajian Media, Pengurusan atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan, atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  2. Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya tiga (3) tahun dalam bidang komunikasi, kewartawanan, editorial, perhubungan awam atau media.
  3. Mempunyai kemahiran berkomunikasi dengan baik serta kebolehan menyampaikan idea atau maklumat secara lisan dan efektif kepada audiens.
  4. Mempunyai kemahiran interpersonal yang baik, berkeyakinan dan mampu berkomunikasi dengan jelas. Berkemahiran serta berkeupayaan menyusun, merancang dan menguruskan tugasan serta sumber dengan cekap bagi mencapai matlamat organisasi dalam tempoh masa yang ditetapkan.
  5. Berkebolehan berfikir secara kreatif dan kritis, berkemahiran tinggi dalam pengurusan, komited dalam kerja berkumpulan, analitik, fleksibel, proaktif serta berupaya bekerjasama dengan semua lapisan anggota dan menjalin hubungan dengan agensi luar.
  6. Berpengetahuan dan mahir menggunakan komputer, khususnya aplikasi Microsoft Office.

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.