Jawatan Kerjaya

PENSYARAH

JABATAN / BAHAGIAN

AKADEMIK & PENYELIDIKAN / SEKOLAH PENGAJIAN ISLAM & SAINS KEMANUSIAAN

TARAF JAWATAN

KONTRAK

Ringkasan Bidang Tugas

1. Menyampaikan kuliah dan tutorial kepada pelajar mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak Sekolah.

2. Memberi bimbingan kepada pelajar/mentee melalui aktiviti pelajar, sesi runding cara, dan lain-lain.

3. Menyediakan soalan penilaian berterusan dan penilaian akhir serta menjalankan penandaan dan pemarkahan bagi kursus-kursus yang berkaitan mengikut ketetapan dan peraturan akademik.

4. Bertugas sebagai pengawas peperiksaan bagi semua program yang ditawarkan oleh kolej.

5. Menjalankan tugas-tugas pentadbiran Jabatan Akademik mengikut keperluan dan arahan semasa.

6. Menganggotai jawatankuasa kerja di peringkat Sekolah, Jabatan dan Kolej bagi tujuan pembangunan akademik dan kolej, termasuk penyediaan dokumen MQA.

7. Menghadiri mesyuarat yang berkaitan dengan Sekolah, Jabatan dan Kolej.

8. Terlibat dalam aktiviti penyelidikan, penulisan, pembentangan dan penerbitan akademik.

9. Melaksanakan aktiviti promosi bagi program-program akademik.

10. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

 

Syarat Kelayakan Minimum

Pensyarah Program Haji dan Umrah

1. Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pelancongan / Pentadbiran Perniagaan / Pengajian Islam / Pengajian Islam dan Bahasa Arab / Syariah / Fiqh dan Usul atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang setaraf dengannya.

2. Mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) tahun pengalaman industri dalam sektor pelancongan / hospitaliti / haji dan umrah.

3. Memiliki pensijilan profesional (Train the Trainer – HRDF/HRD Corp) adalah satu kelebihan.

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.