Jawatan Kerjaya

PENSYARAH (PERAKAUNAN)

JABATAN / BAHAGIAN

Academic and Research | School of Accounting, Management & Technology

TARAF JAWATAN

Kontrak

Ringkasan Bidang Tugas
  1. Menjalankan kuliah dan tutorial kepada pelajar mengikut jadual yang ditetapkan oleh Jabatan.
  2. Membimbing pelajar melalui program rasmi Jabatan dan/atau kolej (contohnya program mentor-mentee).
  3. Memberi bimbingan akademik kepada pelajar melalui waktu runding cara.
  4. Menyediakan soalan peperiksaan, menjalankan penandaan serta pemarkahan bagi subjek berkaitan mengikut ketetapan dan peraturan akademik.
  5. Bertindak sebagai pengawas peperiksaan bagi semua program yang dijalankan oleh kolej.
  6. Terlibat dalam aktiviti penulisan dan penerbitan bagi memperkasakan bidang akademik.
  7. Mematuhi peraturan dan piawaian yang ditetapkan oleh kolej, agensi, dan badan profesional.
  8. Melaksanakan tugas-tugas pentadbiran Jabatan Akademik & Penyelidikan mengikut keperluan dan arahan semasa.
  9. Menganggotai jawatankuasa kerja yang ditubuhkan oleh Jabatan dan/atau kolej untuk tujuan pembangunan akademik dan KPMAIWP.
  10. Menghadiri mesyuarat Jabatan Akademik & Penyelidikan serta mesyuarat kolej.
  11. Menjalankan aktiviti promosi bagi program akademik.
  12. Melibatkan diri dalam aktiviti pembangunan masyarakat apabila diperlukan.
  13. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
Syarat Kelayakan Minimum

Pensyarah (Perakaunan)

  1. Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perakaunan atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
  2. Mempunyai pengalaman mengajar dalam bidang berkaitan. Pengalaman dalam industri atau bidang profesional merupakan satu kelebihan.
  3. Berupaya berfikir secara kreatif dan kritis, mempunyai kemahiran pengurusan yang baik serta komited terhadap kerja berpasukan.
  4. Bersifat analitikal, fleksibel, proaktif dan mampu bekerjasama dengan pelbagai lapisan warga kerja serta agensi luar.
  5. Mempunyai kemahiran penggunaan komputer, khususnya aplikasi Microsoft Office.

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.