Diploma Keusahawanan Digital (DKD)

Diploma Keusahawanan Digital (DKD)
No. Rujukan Program MQA/PA 18443

MQA.600 – 1/4/6 Jld 23 (3) bertarikh 5 Jun 2025

Tahap Program Diploma/Tahap 4 Kerangka Kelayakan Malaysia
Bidang Program 0414 – Management and Administration
Bahasa Pengantar Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris
Kaedah Pengajaran Konvensional
Mod Program Sepenuh masa
Kaedah Pengajaran Kuliah, Tutorial, Amali dan Latihan Industri
Kredit Bergraduat 91 kredit
Tempoh Pengajian 2 tahun ½ bulan (5 Semester Panjang 2 Semester Pendek)
Siti Hajar Binti Md Zin
hajar@kpmaiwp.edu.my

Keusahawanan digital memainkan peranan yang penting di Malaysia kerana ia menyumbang secara signifikan kepada pertumbuhan ekonomi, penciptaan peluang pekerjaan, dan pembangunan teknologi. Oleh yang demikian, Sekolah Perakaunan, Pengurusan dan Teknologi (SPPT) menawarkan program Diploma Keusahawanan Digital (DKD). Di sepanjang pengajian (7 semester), para pelajar akan didedahkan dengan pelbagai kursus keusahawanan dan teknologi seperti asas keusahawanan, pengurusan perniagaan kecil, e-dagang, pemasaran digital, sistem pengurusan maklumat dan beberapa kursus yang lain.

Program ini bertujuan melahirkan graduan yang:

• Mengaplikasikan prinsip dan teori yang luas serta relevan dalam bidang keusahawanan digital secara profesional.
• Mengaplikasikan pemikiran aras tinggi dalam menyelesaikan masalah yang luas merentasi pelbagai aspek organisasi
• Mempraktikkan kemahiran dalam keusahawanan dengan mengaitkan situasi sebenar dalam industri.
• Menunjukkan kemahiran berinteraksi dan berkolaborasi secara individu dan kumpulan.
• Menunjukkan kemahiran komunikasi yang berkesan dalam penulisan dan pembentangan.
• Menguasai kemahiran perniagaan digital dalam bidang pekerjaan/pembelajaran.
• Menganalisa dan menterjemah data melalui nombor dan grafik melalui teknik yang bersesuaian.
• Mempamerkan tanggungjawab dalam operasi perniagaan dengan bimbingan yang minimum.
• Menunjukkan keupayaan dalam pembelajaran sepanjang hayat dan adaptasi terhadap perubahan teknologi.
• Mempraktikkan strategi perniagaan yang mempromosikan kelestarian dan tanggungjawab sosial dalam dunia digital.
• Mengamalkan etika dan tanggungjawab sosial yang tinggi dalam pengurusan operasi serta peraturan dalam perniagaan digital.

• Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara dengannya, dengan sekurang-kurangnya tiga kepujian dalam mana-mana mata pelajaran; atau

• Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sekurang-kurangnya Gred C [Nilai Gred Mata Pelajaran (NGMP 2.0)] dalam mana-mana mata pelajaran atau yang setaraf dengannya; atau

• Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan sekurang-kurangnya gred Maqbul atau yang setara dengannya; atau

• Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan; (Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) dikehendaki untuk melaksanakan saringan dan bimbingan yang bersesuaian dengan bidang program); atau

• Lulus Sijil [Tahap 3, (Malaysian Qualifications Framework (MQF)] dalam bidang berkaitan dengan sekurang-kurangnya dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 2.00; atau

• Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia

• Pelajar Antarabangsa: Skor minimum MUET Band 3 atau yang setara dengan The Common European Framework of Reference for Languages (CEFR) (High B1).

  • April
  • Julai
  • September

Yuran keseluruhan sepanjang tempoh kursus : RM 44,830.00 (tempatan) dan RM76,350.00 (antarabangsa)

  • Graduan Diploma Keusahawanan Digital mempunyai peluang kerjaya yang pelbagai dalam industri berkaitan perniagaan, teknologi digital dan keusahawanan. Antara jawatan yang sesuai termasuklah usahawan digital, pengurus pemasaran digital, analisis data, pengurus projek IT, pakar media sosial, dan pembangun kandungan digital/ e-dagang.
  • Mereka boleh memulakan perniagaan sendiri atau bekerja dalam industri seperti teknologi, peruncitan, pendidikan, dan kewangan, khususnya dalam bidang berkaitan transformasi dan pemasaran digital.
  • Lepasan Diploma Keusahawanan Digital (DKD) mempunyai pelbagai peluang untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi, khususnya di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan di universiti awam atau swasta.

Hubungi

Waktu Operasi

  • Isnin – Jumaat : 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Waktu Rehat

  • Isnin – Khamis : 12.30 t/hari hingga 2.00 petang
  • Jumaat: 12.45 t/hari hingga 2.45 petang

Operasi KPBKL ditutup pada hari minggu (Sabtu dan Ahad), serta pada hari cuti umum Malaysia.

Untuk maklumat yuran pengajian hubungi :
Untuk maklumat pembiayaan hubungi :
Untuk maklumat penempatan asrama :

Program Homegrown KPBKL

Program utama yang ditawarkan oleh Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur

Program Usahasama UiTM

Program dengan usahasama Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur dan UiTM

Association Of Chartered Certified Accountants (ACCA)

Program bertaraf antarabangsa di bawah seliaan Sekolah Perakaunan, Pengurusan & Teknologi.

ACCA-FIA (ACCA Foundation In Accountancy)

Diperkenalkan di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur mengantikan Certified Accounting Technician (CAT)

Program Mod Bekerja

Program khusus untuk pelajar sedang bekerja menyambung pelajaran di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur

Kursus Jangka Pendek

Kursus pendek untuk pensijilan yang dijalankan di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.