Diploma Pengurusan Industri Halal (DPIH)

Diploma Pengurusan Industri Halal (DPIH)
No. Rujukan Program MQA/FA5839
Tahap Kursus Diploma / Tahap 4 Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM)
Bidang Program 345 – Management and Administration
Bahasa Pengantar Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
Kaedah Penawaran Konvensional
Skim Pengajian Sepenuh masa
Kaedah Pengendalian Kuliah, Tutorial dan Latihan Industri
Kredit Bergraduat 91 Jam Kredit
Tempoh Pengajian 2 Tahun 6 Bulan (5 Semester Panjang & 2 Semester Pendek))
Nur Salihah Buang
nursalihah@kpmaiwp.edu.my

Diploma Pengurusan Industri Halal (DPIH) diperkenalkan di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) bagi ambilan pertama April 2016. Sesuai dengan tujuan, objektif dan hasil pembelajaran program Diploma Pengurusan Industri Halal, diharapkan selepas mengikuti program ini KPBKL melahirkan graduan yang kompeten dalam bidang pengurusan industri halal selain memiliki daya saing untuk memenuhi keperluan majikan dan industri halal di Malaysia dan antrabangsa.

Program Diploma Pengurusan Industri Halal (DPIH)  ini menawarkan kursus – kursus yang relevan dengan keperluan semasa sesuai dengan tahap pengajian terkini. Antara kursus – kursus yang ditawarkan adalah seperti di bawah:

  1. Asas Halal dan Haram
  2. Usul Fiqh
  3. Pensijilan Halal
  4. Sistem Pengurusan Halal
  5. Pengauditan Halal
  6. Kosmetik dan Farmaseutikal Halal
  7. Perkhidmatan Makanan Halal
  8. Rantaian Bekalan Halal
  9. Penyembelihan Halal
  10. Pengurusan Keselamatan Makanan
  11. Asas Keusahawanan Islam
  12. Pengurusan Operasi

Program ini bertujuan untuk melahirkan graduan yang:

  • Mempunyai pengetahuan asas dan mampu mengaplikasikan konsep dan prinsip Islam dalam bidang industri halal tertentu dengan kecekapan teknikal termasuk penggunaan kemahiran numerasi dan digital untuk menyelesaikan masalah yang memenuhi keperluan dan piawaian industri halal.
  • Mempunyai kemahiran kepimpinan dan mampu berkomunikasi secara berkesan dengan kemahiran interpersonal yang baik apabila berinteraksi dengan persekitaran kerja.
  • Mempunyai sikap positif, komitmen terhadap pembelajaran sepanjang hayat dan minda keusahawanan untuk pembangunan diri dan kerjaya.
  • Komited kepada amalan beretika, professional dan mampan dalam organisasi dan masyarakat.
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya TIGA (3) kredit dalam mana-mana mata pelajaran atau yang setara; ATAU
  • Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00); ATAU
  • Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) sekurang-kurangnya Gred Maqbul; ATAU
  • Lulus Sijil (Level 3 MQF) dalam mana-mana bidang yang berkaitan dengan minimum CGPA 2.00; ATAU
  • Lulus Sijil (Tahap 3, SKM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf dan memiliki SPM dengan minimum satu (1) kredit atau kelayakan yang setara; ATAU
  • Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia
  • April 
  • Julai
  • September

 

  • Yuran Pengajian dan Yuran Pendaftaran : RM20,948.00
  • Yuran keseluruhan sepanjang tempoh kursus : RM25,028.00
  • Yuran Penginapan Asrama : RM4,080.00

*tertakluk kepada pindaan semasa

 

 

Graduan Program Diploma Pengurusan Industri Halal (DPIH) memiliki peluang kerjaya yang amat luas di pelbagai jabatan baik di jabatan kerajaan dan swasta. Antara jabatan / unit yang bersesuaian untuk graduan Diploma Pengurusan Industri Halal (DPIH) bekerja merangkumi:

  • Pengilangan Produk (Makanan/ Minuman/ Kosmetik/ Farmaseutikal/ Peranti Perubatan)
  • Perkhidmatan (Makanan/ Minuman/ Logistik/ Hospitaliti)
  • Rumah Sembelihan
  • Latihan dan Perundingan Halal
  • Penyelidikan Halal
  • Jabatan Agama Islam Negeri/ Majlis Agama Islam Negeri

Jawatan yang sesuai disandang oleh graduan Diploma Pengurusan Industri Halal (DPIH) merangkumi :

  • Penolong Pegawai Pensijilan Halal/ Juruaudit Halal
  • Eksekutif Halal/ Kawalan Kualiti/ Jaminan Kualiti/ Pembuatan/ Penyelidikan dan Pembangunan Produk
  • Pengurus/ Penolong Pengurus/ Penyelia Perkhidmatan Makanan
  • Penyembelih Halal
  • Tenaga Pengajar Halal
  • Konsultan Halal
  • Usahawan Produk/ Perkhidmatan Halal

Peluang Melanjutkan Pengajian : 

  • Halal Industry/ Management/ Development (UiTM/UIS/IIUM/USIM/ UniSZA/ MSU)
  • Food Processing/ Technology/ Science/ Manufacturing/ Engineering/ Development/ Service/ Biotechnology (UiTM/ UKM/ UMK/ UMT/ UniMAP/ UPM/ IIUM/ UniKL/ UTeM/ UM/ UMS/ USM/ USIM/ UTAR/ UniSZA/ TAR UMT/ MSU/ USAS/ UTAR)
  • Supply Chain/ Logistics (MSU/ UMT/ UTAR/ UniKL/ UiTM/ TAR UMT/ UCSI)
  • Hospitality/ Hotel Management (UiTM/ UUM/ TAR UMT)
  • Business & Administration Management (UKM/ UiTM/ UniKL/ Uniten/ IIUM/ KUPTM/ TAR UMT/ MMU/ UNISEL/ USAS/ UNIRAZAK/ UTAR/ UUM)
  • Islamic Banking/ Finance/ Muamalat (UM/ MSU/ USIM/ UniSZA/ UiTM/ UMS/ UUM/ USAS/ UNIMEL/ MSU/ UTAR)
  • Islamic Studies (IIUM/ UniSHAMS/ UMS/ UNISEL/ UniSZA/ UM/ USIM/ USAS) 

 

Panel Penilai Luar Program Diploma Pengurusan Industri Halal (DPIH)

Penilai Luar (Akademik)

Ts. Mohd Fadhli Ab Rahman – Pengarah, Halal Advisory and Research Institute Selangor (HARIS), Universiti Islam Selangor (UIS). Beliau memiliki Sarjana Sains (Sains Makanan) dan Ijazah Sains (Sains Makanan dan Pengurusan Perniagaan) daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau juga merupakan Personel Penilaian dan Verifikasi (PPV), Persijilan Kemahiran Malaysia, Jabatan Pembangunan Kemahiran. Beliau berpengalaman luas dalam sektor industri halal sejak 2005 dan sektor Pendidikan Halal bermula tahun 2014 sebagai pensyarah Halal di salah satu IPT di Malaysia. Beliau pernah dilantik sebagai Ketua Program Pengurusan Industri Halal, KUIS bermula 2017-2022. Beliau juga dilantik sebagai Penasihat Akademik di beberapa institusi pengajian tinggi di Malaysia dalam pengajian Diploma Halal. Kini, beliau bergiat aktif dalam latihan dan konsultansi industri halal terutamanya dalam sektor halal dan keselamatan makanan.

Hubungi

Waktu Operasi

  • Isnin – Jumaat : 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Waktu Rehat

  • Isnin – Khamis : 12.30 t/hari hingga 2.00 petang
  • Jumaat: 12.45 t/hari hingga 2.45 petang

Operasi KPBKL ditutup pada hari minggu (Sabtu dan Ahad), serta pada hari cuti umum Malaysia.

Untuk maklumat yuran pengajian hubungi :
Untuk maklumat pembiayaan hubungi :
Untuk maklumat penempatan asrama :

Program Homegrown KPBKL

Program utama yang ditawarkan oleh Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur

Program Usahasama UiTM

Program dengan usahasama Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur dan UiTM

Association Of Chartered Certified Accountants (ACCA)

Program bertaraf antarabangsa di bawah seliaan Sekolah Perakaunan, Pengurusan & Teknologi.

ACCA-FIA (ACCA Foundation In Accountancy)

Diperkenalkan di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur mengantikan Certified Accounting Technician (CAT)

Program Mod Bekerja

Program khusus untuk pelajar sedang bekerja menyambung pelajaran di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur

Kursus Jangka Pendek

Kursus pendek untuk pensijilan yang dijalankan di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.