| No. Rujukan Program | KPT/JPS[N/0910/3/0012]:MQA/PA18507(10/30) |
| Tahap Program | Sijil / Tahap 3 Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM) |
| Bidang Program | 0910 – Health not Further Defined |
| Bahasa Pengantar | Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris |
| Kaedah Penawaran | Kuliah dan Tutorial |
| Skim Pengajaran | Sepenuh Masa |
| Kaedah Pengajaran | Kuliah, Tutorial, amali dan Blended-Learning |
| Kredit Bergraduat | 60 kredit |
| Tempoh Pengajian | 1 tahun 6 bulan (4 Semester) |
Program Sijil Sains Kesihatan (SSK) yang ditawarkan oleh Kolej Profesional MAIWP (KPMAIWP) merupakan program persediaan yang direka khas untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berminat untuk melanjutkan pengajian dan membina kerjaya dalam bidang sains kesihatan. Program ini menyediakan asas ilmu yang kukuh dalam bidang kesihatan melalui gabungan pembelajaran teori, amali makmal dan latihan praktikal bagi membolehkan pelajar memahami konsep-konsep asas sains kesihatan secara menyeluruh.
Program ini bertujuan melahirkan graduan yang berpengetahuan, berkemahiran dan beretika dalam bidang sains kesihatan, di samping menyediakan laluan kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma dan seterusnya dalam pelbagai bidang berkaitan penjagaan kesihatan.
Kurikulum yang ditawarkan dibangunkan selaras dengan keperluan semasa industri kesihatan bagi memastikan graduan memiliki kompetensi yang relevan serta bersedia menghadapi cabaran dunia pekerjaan.
Antara kursus yang ditawarkan dalam program ini ialah:
Program ini bertujuan melahirkan graduan yang mampu:
Januari
September
*tertakluk kepada pindaan semasa
Graduan Sijil Sains Kesihatan (SSK) berpeluang menceburi pelbagai jawatan peringkat permulaan dalam sektor sokongan penjagaan kesihatan dan industri berkaitan, antaranya:
Graduan Sijil Sains Kesihatan (SSK) berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma di UniMAIWP atau di institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS) yang diiktiraf dalam bidang Sains Kesihatan serta bidang-bidang lain yang berkaitan.
Waktu Operasi
Waktu Rehat
Operasi KPBKL ditutup pada hari minggu (Sabtu dan Ahad), serta pada hari cuti umum Malaysia.
Program utama yang ditawarkan oleh Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur
Program dengan usahasama Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur dan UiTM
Program bertaraf antarabangsa di bawah seliaan Sekolah Perakaunan, Pengurusan & Teknologi.
Diperkenalkan di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur mengantikan Certified Accounting Technician (CAT)
Program khusus untuk pelajar sedang bekerja menyambung pelajaran di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur
Kursus pendek untuk pensijilan yang dijalankan di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur
Copyright ©kpmaiwp.edu.my 2024
YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”
Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.
Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.