Sijil Sains Kesihatan (SSK)

Sijil Sains Kesihatan (SSK)
No. Rujukan Program KPT/JPS[N/0910/3/0012]:MQA/PA18507(10/30)
Tahap Program Sijil / Tahap 3 Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM)
Bidang Program 0910 – Health not Further Defined
Bahasa Pengantar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
Kaedah Penawaran Kuliah dan Tutorial
Skim Pengajaran Sepenuh Masa
Kaedah Pengajaran Kuliah, Tutorial, amali dan Blended-Learning
Kredit Bergraduat 60 kredit
Tempoh Pengajian 1 tahun 6 bulan (4 Semester)
Anis Rufaida binti Rosli
anisrufaida@kpmaiwp.edu.my

Program Sijil Sains Kesihatan (SSK) yang ditawarkan oleh Kolej Profesional MAIWP (KPMAIWP) merupakan program persediaan yang direka khas untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berminat untuk melanjutkan pengajian dan membina kerjaya dalam bidang sains kesihatan. Program ini menyediakan asas ilmu yang kukuh dalam bidang kesihatan melalui gabungan pembelajaran teori, amali makmal dan latihan praktikal bagi membolehkan pelajar memahami konsep-konsep asas sains kesihatan secara menyeluruh.

Program ini bertujuan melahirkan graduan yang berpengetahuan, berkemahiran dan beretika dalam bidang sains kesihatan, di samping menyediakan laluan kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma dan seterusnya dalam pelbagai bidang berkaitan penjagaan kesihatan.

Kurikulum yang ditawarkan dibangunkan selaras dengan keperluan semasa industri kesihatan bagi memastikan graduan memiliki kompetensi yang relevan serta bersedia menghadapi cabaran dunia pekerjaan.

Antara kursus yang ditawarkan dalam program ini ialah:

  1. Pengenalan kepada Sains Kesihatan
    b. Anatomi dan Fisiologi Manusia
    c. Mikrobiologi Asas
    d. Biologi Asas
    e. Kimia Asas
    f. Pertolongan Cemas dan Resusitasi Kardiopulmonari (CPR)
    g. Komunikasi dalam Penjagaan Kesihatan dan Etika Profesional

 

 

Program ini bertujuan melahirkan graduan yang mampu:

  • Menggunakan fakta untuk menerangkan dan membincangkan pengetahuan asas, konsep, prinsip serta proses dalam bidang sains kesihatan.
  • Mengaplikasikan prinsip-prinsip asas sains kesihatan dalam mengenal pasti serta menyelesaikan masalah berkaitan bidang kesihatan.
  • Melaksanakan kemahiran amali asas secara berkesan, cekap dan beretika.
  • Berkomunikasi secara berkesan, sama ada secara lisan mahupun penulisan, dengan rakan sekerja dan masyarakat dalam konteks sains kesihatan.
  • Mengaplikasikan teknologi maklumat bagi menyokong proses pembelajaran dan tugasan yang berkaitan dengan bidang sains kesihatan.
  • Melaksanakan aktiviti akademik seperti mengumpul, menganalisis, menyusun dan memproses maklumat bagi membuat rumusan secara individu atau berkumpulan dengan penyeliaan yang minimum.
  • Mencari, mentafsir dan menggunakan maklumat yang relevan dalam bidang sains kesihatan bagi menyokong pembelajaran sepanjang hayat secara kendiri.
  • Mengamalkan nilai profesionalisme selaras dengan prinsip sosial, etika dan perundangan dalam bidang sains kesihatan.
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) SATU (1) KEPUJIAN dalam mana-mana mata pelajaran DAN lulus mana-mana mata pelajaran SAINS; ATAU
  • Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan; (Nota: Pemberi Pendiidkan Tinggi (PPT) perlu melakukan saringan dan bimbingan khusus berkaitan bidang program kepada pelajar); ATAU
  • Lulus O-Level dengan Gred C dalam 1 mata pelajaran dan lulus mana-mana mata pelajaran SAINS; ATAU
  • Kelayakan lain yang setaraf dengannya yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

Januari

September

  • Yuran Pengajian dan Yuran Pendaftaran : RM12,600.00
  • Yuran Penginapan Asrama: RM4,250.00
  • Yuran keseluruhan sepanjang tempoh kursus: RM16,850.00

*tertakluk kepada pindaan semasa

Graduan Sijil Sains Kesihatan (SSK) berpeluang menceburi pelbagai jawatan peringkat permulaan dalam sektor sokongan penjagaan kesihatan dan industri berkaitan, antaranya:

  • Pembantu Penjagaan Kesihatan
  • Pembantu Klinik
  • Pembantu Khidmat Pesakit
  • Pembantu Makmal
  • Pembantu Saringan Kesihatan
  • Pembantu Rekod Perubatan
  • Pembantu Sokongan Kesihatan Komuniti
  • Penyambut Tetamu Klinik/Hospital
  • Pembantu Promosi Kesihatan

Graduan Sijil Sains Kesihatan (SSK) berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma di UniMAIWP atau di institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS) yang diiktiraf dalam bidang Sains Kesihatan serta bidang-bidang lain yang berkaitan.

Hubungi

Waktu Operasi

  • Isnin – Jumaat : 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Waktu Rehat

  • Isnin – Khamis : 12.30 t/hari hingga 2.00 petang
  • Jumaat: 12.45 t/hari hingga 2.45 petang

Operasi KPBKL ditutup pada hari minggu (Sabtu dan Ahad), serta pada hari cuti umum Malaysia.

Untuk maklumat yuran pengajian hubungi :
Untuk maklumat pembiayaan hubungi :
Untuk maklumat penempatan asrama :

Program Homegrown KPBKL

Program utama yang ditawarkan oleh Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur

Program Usahasama UiTM

Program dengan usahasama Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur dan UiTM

Association Of Chartered Certified Accountants (ACCA)

Program bertaraf antarabangsa di bawah seliaan Sekolah Perakaunan, Pengurusan & Teknologi.

ACCA-FIA (ACCA Foundation In Accountancy)

Diperkenalkan di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur mengantikan Certified Accounting Technician (CAT)

Program Mod Bekerja

Program khusus untuk pelajar sedang bekerja menyambung pelajaran di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur

Kursus Jangka Pendek

Kursus pendek untuk pensijilan yang dijalankan di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.