MAJLIS SINERGI BARAKAH SAKSI 13 KOLABORASI DAN SUMBANGAN RM428,800.00 KHAS UNTUK KOLEJ PROFESIONAL MAIWP

25 OGOS 2025, KUALA LUMPUR – Kolej Profesional MAIWP (KPMAIWP) pada hari ini menganjurkan Majlis Sinergi Barakah menyaksikan Upacara Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Perjanjian (MoA) KPMAIWP bersama dengan 13 agensi berikut:- 1. QTF Consulting 2. FamilyMart Malaysia 3. IKHLAS by AirAsia (Ikhlas.com) 4. Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) 5. Koperasi Belia Nasional Malaysia (KOBENA) […]

MAJLIS PENYERAHAN BAJU RAYA KEPADA PELAJAR-PELAJAR KPBKL

KUALA LUMPUR: Telah berlangsung di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) Majlis Penyerahan Baju Raya, hasil inisiatif Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dalam usaha membantu pelajar-pelajar KPBKL menyambut Aidilfitri. Kemuncak majlis adalah sesi penyerahan sumbangan baju raya disampaikan oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Aizuddin Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN kepada pelajar-pelajar KPBKL. Turut hadir memeriahkan majlis […]

MAJLIS RAHMAH MADANI RAMADAN MAIWP: IFTAR BERSAMA PELAJAR INSTITUT KEMAHIRAN BAITULMAL (IKB) DAN KOLEJ PROFESIONAL BAITULMAL KUALA LUMPUR (KPBKL) TAHUN 2025

KUALA LUMPUR: Pelajar-pelajar Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) diraikan dalam satu majlis Iftar bersama YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Menteri Agama). Majlis turut diserikan dengan kehadiran YBrs. Tuan Syed Kamarulzaman Syed Kabeer, Pengerusi, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan […]

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.