MAJLIS SINERGI BARAKAH SAKSI 13 KOLABORASI DAN SUMBANGAN RM428,800.00 KHAS UNTUK KOLEJ PROFESIONAL MAIWP

MAJLIS SINERGI BARAKAH SAKSI 13 KOLABORASI DAN SUMBANGAN RM428,800.00 KHAS UNTUK KOLEJ PROFESIONAL MAIWP

25 OGOS 2025, KUALA LUMPUR – Kolej Profesional MAIWP (KPMAIWP) pada hari ini menganjurkan Majlis Sinergi Barakah menyaksikan Upacara Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Perjanjian (MoA) KPMAIWP bersama dengan 13 agensi berikut:-

1. QTF Consulting
2. FamilyMart Malaysia
3. IKHLAS by AirAsia (Ikhlas.com)
4. Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
5. Koperasi Belia Nasional Malaysia (KOBENA)
6. Malaysian Nature Society (MNS)
7. Masjid Al-Imam Ash-Shafie (MAIAS)
8. Yayasan Waqaf Malaysia (YWM)
9. Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan (ITQAN)
/ Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sembilan (JHEAINS)
10. Albukhary International University (AIU)
11. Universiti Islam Selangor (UIS)
12. Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI)
13. Universiti Utara Malaysia (UUM)

Di samping itu juga, Majlis Sinergi Barakah ini telah memperkukuhkan perancangan strategik di antara KPMAIWP bersama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) melalui MoA yang ditandatangani secara berasingan.

MoA ini merupakan kesinambungan daripada Majlis Perasmian Penstrukturan Semula Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) Di Bawah Naungan Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL), yang telah menghasilkan nama baharu iaitu Kolej Profesional MAIWP (KPMAIWP) dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar.

Kolej Profesional MAIWP di majlis ini turut menerima sumbangan daripada enam (6) agensi korporat dengan nilai keseluruhan sebanyak RM428,800.00. Senarai jumlah sumbangan setiap agensi adalah seperti berikut :-

1. Etiqa Insurance and Takaful : RM 200,000.00
2. Hospital PUSRAWI Sdn. Bhd. : RM 75,000.00
3. ASNB Wakalah Sdn. Bhd. : RM 73,800.00
4. Gas Malaysia Berhad : RM 50,000.00
5. Bank Islam Malaysia Berhad : RM 20,000.00
6. Bank Muamalat Malaysia Berhad : RM 10,000.00

Sumbangan ini disempurnakan melalui simbolik penyerahan Cek Cura disaksikan oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), sekaligus merasmikan majlis ini.

Majlis Sinergi Barakah ini diserikan dengan kehadiran kepimpinan organisasi dan agensi yang terlibat. Turut hadir di majlis tersebut adalah YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Syed Zainal Abidin bin Syed Mohamed Tahir, Ahli MAIWP, YBhg. Datuk Nizam bin Haji Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, YBrs. Tuan Haji Zuri Zabuddin bin Budiman, Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Profesional Baitulmal Sdn. Bhd. serta ahli-ahli Lembaga Pengarah, dan YBrs. Professor Madya Dr. Haji Mohammad Firdaus Low bin Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif KPMAIWP.

Tarikh: 25 Ogos 2025
Sumber: Bahagian Perancangan Strategik & Komunikasi

 

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.