Ahli Lembaga Pengarah

Ahli Lembaga Pengarah

YBHG. DATUK DR. AMIN BIN SENIN

Pengerusi

YBHG. PROF. DATIN DR. RUSNI BINTI HASSAN

Ahli Lembaga Pengarah

PROF. DR. NORHASMAH BINTI
SULAIMAN

Ahli Lembaga Pengarah

Tuan HASRI BIN
HARUN

Ahli Lembaga Pengarah

TUAN AHMAD SAIFUDDIN BIN
TAHIR @ TWAHIR

Ahli Lembaga Pengarah

DATUK MOHD NIZAM BIN HAJI YAHYA 

Ahli Lembaga Pengarah

Datuk Mohd Nizam Bin Haji Yahya kini menjawat jawatan sebagai Setiausaha merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Beliau memiliki latar belakang akademik yang kukuh dengan Ijazah Sarjana Muda Syariah daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang diperoleh pada tahun 1995.

Sepanjang kerjayanya yang cemerlang, Datuk Mohd Nizam telah menerima pelbagai pengiktirafan berprestij termasuk Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M.), Johan Mahkota Wilayah (J.M.W.), serta Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat dalam Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan beliau kepada masyarakat.

Kerjaya beliau menyerlah dalam bidang pengurusan zakat, pembangunan kebajikan masyarakat, dan pemerkasaan pendidikan Islam. Di bawah kepimpinan beliau yang berpandangan jauh, MAIWP terus memperkukuh peranannya sebagai institusi utama dalam pembangunan sosio-agama dan ekonomi di Wilayah Persekutuan, khususnya di Kuala Lumpur.

TUAN HAJI BADLISHAH SHAM BAHARIM

Board of Director

Haji Badlishah Sham Baharin ialah Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia. 

Kerjaya akademiknya bermula di UPM dari 1985 sehingga 2019, sebagai tenaga pengajar serta mengendalikan penyelidikan. Beliau telah menghasilkan lebih daripada 70 penerbitan penyelidikan dan 2 penerbitan paten.

Beliau juga telah mendapat beberapa anugerah penyelidikan antarabangsa dan memperolehi geran penyelidikan melebihi 1 juta ringgit. Beliau dinobatkan sebagai salah seorang “Top Research Scientist Malaysia” pada 2012.

Beliau memperoleh ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Kejuruteraan Kimia dari Universiti Leeds (1981) dan MSc dalam Kejuruteraan Biokimia dari University of Manchester Institute of Science and Technology (UMIST) (1985).

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.