PROGRAM KERJASAMA CSR DIANTARA KPBKL DAN YAYASAN WAKAF MALAYSIA

KUALA LUMPUR – Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) menandatangani Surat Hasrat bagi kerjasama Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat korporat, manfaat disalurkan kepada KPBKL untuk program naik taraf infrastruktur pembelajaran dan pembangunan pelajar KPBKL. Sesi menandatangani Surat Hasrat ini diadakan di Majlis Penyampaian Biasiswa Al-Falah MADANI anjuran Yayasan Waqaf Malaysia […]

Sejumlah RM 107,637.75 Zakat Perniagaan Dibayar Oleh Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL)

PUTRAJAYA – Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) membayar sejumlah RM 107,637.75 zakat perniagaan kepada Pusat Pungutan Zakat (PPZ) sebagai sokongan serta komitmen KPBKL dalam membantu mereka yang kurang berkemampuan bagi memperolehi manfaat yang sewajarnya, disalurkan melalui PPZ kepada para asnaf. KPBKL diwakili oleh Tuan Haji Zuri Zabuddin bin Budiman, Pengerusi Lembaga Pengarah KPBKL, dan […]

Menteri Agama Rasmi Laluan Khas KPMAIWP–MAIAS Memperkasa Akses Pelajar kepada Aktiviti Kerohanian

KUALA LUMPUR, 25 September 2025 – Suasana penuh makna dan semangat komuniti mewarnai Kolej Profesional MAIWP (KPMAIWP) apabila YB Senator Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), merasmikan Laluan Khas yang menghubungkan KPMAIWP dengan Masjid Al-Imam Ash-Shafie (MAIAS). Laluan ini bertujuan memberi kemudahan kepada pelajar […]

KPMAIWP Mengasah Bakat Kepimpinan Pelajar Melalui Program Training of Trainers (𝐓o𝐓)

SELANGOR, 4 Oktober 2025 – Prof. Madya Dr. Hj. Mohammad Firdaus Low bin Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif KPMAIWP meluangkan masa hadir di Program Training of Trainers (TOT) Pelajar Kolej Profesional MAIWP (KPMAIWP) yang berlangsung pada 04 hingga 05 Oktober 2025, bertempat di Taman Alam Kuala Selangor. Program ini disertai oleh seramai 40 pelajar yang terdiri […]

KPBKL KINI DIKENALI SEBAGAI KOLEJ PROFESIONAL MAIWP (KPMAIWP)

KUALA LUMPUR, 13 Mei 2025 – Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) pada hari ini melakar sejarah apabila telah digabungkan dengan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) menerusi Majlis Penstrukturan Semula Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) di bawah naungan Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL), dijenamakan sebagai Kolej Profesional MAIWP (KPMAIWP). Penggabungan ini merupakan usaha MAIWP memperkasa pembangunan […]

Pelajar Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) Menerima Sumbangan RM 48,800.00 Daripada Export-Import Bank of Malaysia Berhad (EXIM Bank)

KUALA LUMPUR : Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Export-Import Bank of Malaysia Berhad (EXIM Bank) bagi sumbangan yang diterima berjumlah RM48,800.000. Majlis Gimik Serahan Sumbangan berlangsung pada 03 September 2024 bertempat di Aras 3, EXIM Bank dengan dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif KPBKL, YBhg. Prof. Madya […]

147 Pelajar Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) Menerima Bantuan Komputer Riba Sumbangan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)

KUALA LUMPUR : Seramai 147 pelajar Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) menerima bantuan komputer riba melalui Skim Bantuan Komputer Riba yang disalurkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Majlis bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan, dirasmikan oleh Tuan Syed Kamarulzaman, Pengerusi MAIWP. Turut hadir YBhg. Datuk Mohd Nizam (Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP), Sahibus […]

Majlis Minum Petang Bersama Alumni Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL)

KUALA LUMPUR: Majlis Minum Petang Bersama Alumni Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) berlangsung dengan jayanya bertempat di Hotel Seri Pasifik. Majlis dihadiri oleh lebih daripada 30 orang alumni dari pelbagai bidang. Turut hadir dalam majlis ini adalah Pengerusi KPBKL, Tuan Haji Zuri Zabuddin, dan Ketua Pegawai Eksekutif KPBKL, Prof. Madya Dr. Hj. Mohammad Firdaus […]

Kunjungan Pengerusi MAIWP Ke Kolej Profesional Baitumal Kuala Lumpur (KPBKL)

KUALA LUMPUR: YBhg. Tuan Syed Kamarulzaman Syed Kabeer, Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah mengadakan kunjungan ke Kolej Profesional Baitumal Kuala Lumpur (KPBKL) dengan diiringi delegasi MAIWP. Kehadiran beliau bagi menyantuni pihak pengurusan serta warga kerja disamping menyatakan keperihatinan kepada pembangunan KPBKL dalam menaiktaraf pendidikan anak-anak asnaf. Kehadiran beliau disambut baik oleh Pengerusi […]

Program Motivasi Kendiri dan Peningkatan Skor oleh Mahasiswa/i Kursus Penghayatan Etika & Peradaban

Slot seterusnya, Skor Saya Semester ini dikendalikan oleh Encik Muhammad Khairul Afendi Bin Husin (pensyarah FPKI). Kedua-dua slot yang disampaikan bagi mengembangkan kemahiran sahsiah dan berdikari di kalangan peserta. Selain itu, program ini membantu membentuk mahasiswa/i menjadi generasi yang berdaya tahan dan boleh menyesuaikan diri dalam menguruskan emosi dan menangani tekanan pelbagai situasi kehidupan di alam […]

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.