Jawatan Kerjaya

Pegawai Tadbir (Ketua Bahagian Kemasukan dan Rekod)

JABATAN / BAHAGIAN

Pejabat Pendaftar

TARAF JAWATAN

Kontrak

Ringkasan Bidang Tugas
  1. Menyelaras dan memantau keseluruhan proses pengambilan serta kemasukan pelajar baharu mengikut takwim akademik dan dasar institusi.
  2. Mengurus proses pendaftaran pelajar baharu dan pelajar sedia ada dengan memastikan dokumentasi serta rekod adalah lengkap.
  3. Memastikan status pengajian pelajar sentiasa dikemaskini dan diselaraskan dalam sistem pengurusan pelajar.
  4. Menyediakan, menyelenggara dan mengemaskini fail fizikal serta digital pelajar mengikut jadual dan prosedur yang ditetapkan.
  5. Menyelaras penyediaan, pengeluaran dan penyerahan kad matrik pelajar dalam tempoh yang ditetapkan.
  6. Merancang dan melaksanakan proses pendigitalan dokumen pelajar bagi meningkatkan kecekapan pengurusan rekod.
  7. Mengurus proses pelupusan dokumen dan rekod mengikut garis panduan, polisi dan peraturan institusi.
  8. Menyediakan laporan statistik bulanan serta data berkaitan untuk kegunaan pengurusan dan pihak berkepentingan, termasuk:
    • Statistik enrolmen pelajar;
    • Penyertaan insurans pelajar;
    • Pengesahan PTPTN;
    • Maklumat penghutang pelajar;
    • Data penerima bantuan Baitulmal; dan
    • Data pelajar UiTM bagi tujuan insentif pendidikan iCEPS UiTM.
  1. Menyediakan maklumat dan data bagi Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) serta laporan lain yang diperlukan oleh pihak berkuasa dan agensi berkaitan.
  2. Menyediakan laporan berkala, analisis data dan dokumen rasmi berkaitan operasi Bahagian Kemasukan dan Rekod.
  3. Menyediakan cadangan dan pengurusan bajet tahunan bahagian serta memantau penggunaannya.
  4. Menyediakan dan mengurus surat-menyurat rasmi, notis pemakluman serta penghantaran dokumen.
  5. Memastikan pematuhan terhadap dasar, prosedur dan standard operasi berkaitan pengurusan kemasukan serta rekod pelajar.
  6. Menyelaras dan memantau tugasan pegawai serta kakitangan di bawah Bahagian Kemasukan dan Rekod.
  7. Mencadangkan dan melaksanakan inisiatif penambahbaikan proses kerja, pendigitalan serta transformasi perkhidmatan bagi meningkatkan kecekapan operasi bahagian.
  8. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pihak pengurusan dari semasa ke semasa.
Syarat Kelayakan Minimum
  1. Mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pentadbiran, Pengurusan Teknologi Maklumat / Rekod, Pendidikan atau bidang berkaitan.
  2. Mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) tahun pengalaman dalam pengurusan kemasukan dan rekod pelajar.
  3. Proaktif serta mampu bekerja dengan pengawasan yang minimum.
  4. Komited dalam kerja berkumpulan, fleksibel dan berkemampuan bekerjasama dengan semua lapisan anggota kerja serta mempunyai kemahiran interpersonal dan komunikasi yang baik.

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.