KUALA LUMPUR: Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) menjadi salah satu destinasi pilihan dalam kunjungan Shaykh Dr. Ekrima Sa’id Sabri, Imam Besar Masjid Al-Aqsa, bagi siri Malaysia Tour 2025 beliau.
Kunjungan ini disambut oleh Tuan Haji Zuri Zabuddin Budiman, Pengerusi KPBKL dan disertai oleh Prof. Madya Dr. Haji Mohammad Firdaus Low Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif, barisan pengurusan dan kakitangan KPBKL serta wakil Persatuan Pelajar Palestin.
Shaykh Dr. Ekrima dalam kunjungan ini mengadakan perkongsian menarik berkenaan kepentingan ilmu, perpaduan ummah, serta peranan institusi pendidikan dalam mempertahankan warisan umat Islam sejagat.
Melalui kunjungan ini juga, KPBKL turut dimeriahkan dengan kehadiran pelajar-pelajar dari Palestin yang turut berkongsi pandangan semangat solidariti terhadap Palestin.
Pihak KPBKL merakamkan setinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat di atas kunjungan yang istimewa ini.
Tarikh: 19 Februari 2025
Sumber: Bahagian Perancangan Strategik & Komunikasi