SELANGOR, 4 Oktober 2025 – Prof. Madya Dr. Hj. Mohammad Firdaus Low bin Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif KPMAIWP meluangkan masa hadir di Program Training of Trainers (TOT) Pelajar Kolej Profesional MAIWP (KPMAIWP) yang berlangsung pada 04 hingga 05 Oktober 2025, bertempat di Taman Alam Kuala Selangor.
Program ini disertai oleh seramai 40 pelajar yang terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) KPMAIWP, serta Institut Kemahiran Baitulmal (IKB).
Ketua Pegawai Eksekutif KPMAIWP hadir memberikan sokongan kepada para pelajar yang terlibat, disamping menyampaikan perkongsian motivasi jati diri serta kepimpinan kepada para pelajar melalui pengalaman-pengalaman kepimpinan yang dimiliki oleh beliau, sebagai semangat kebersamaan serta nilai tambah untuk inspirasi buat pelajar-pelajar ini.
Turut hadir mengiringi Ketua Pegawai Eksekutif ialah Pn. Rokiah binti Yunus, Pendaftar KPMAIWP, serta warga kerja yang terlibat.
Antara pengisian menarik selainnya termasuk aktiviti penanaman dan penyemaian pokok bakau, dan “Nature Walk & Bird Watching”. Disamping mendidik semangat kecekalan, para pelajar ini diberikan pendedahan kepada kepelbagaian flora dan fauna di kawasan paya bakau serta melatih mereka sebagai ‘Nature Guide’ dalam program Pesta Sayap yang bakal dijadualkan pada akhir Oktober 2025.
Tarikh: 04 Oktober 2025
Sumber: Bahagian Perancangan Strategik & Komunikasi






