Bahagian Jaminan Kualiti, Pejabat Pendaftar bersama Sekolah Pengajian Islam dan
Sains Kemanusiaan (SPISK) Kolej Profesional MAIWP (KPMAIWP) telah berjaya
menganjurkan Bengkel Penilaian Program Diploma Syariah Islamiyah (DSI) pada 22
Oktober 2026 bertempat di Bilik Seminar (Aras Bawah), KPMAIWP.

Bengkel ini dihadiri oleh dua orang Penilai Luar iaitu YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd Al
Adib bin Samuri dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan YBrs. Tuan Mohd
Hilmi bin Saadan dari Jabatan Agama Islam Selangor.
Bengkel turut dihadiri oleh pihak Pengurusan, Ketua Sekolah, Ketua Program,
Pensyarah serta barisan alumni DSI iaitu En. Muhammad Azrul Bin Jamaluddin dan
En. Muhammad Syahiran bin Shahjahan
Perkongsian maklumat dan perbincangan bersama pihak penilai luar melalui
pembentangan serta semakan dokumen Kurikulum Program dari aspek akademia
dan industri telah memberikan input yang amat berguna.
Sesi ini memberikan potensi besar kepada pengurusan program untuk menambah
baik kandungan kursus dalam penyampaian program bagi meningkatkan kualiti
pelajar lulusan Syariah Islamiyah pada masa akan datang.