Ketua Pegawai Eksekutif Meraikan Pelajar Baharu KPMAIWP Sesi JUN 2025

KUALA LUMPUR – Prof. Madya Dr. Haji Mohammad Firdaus Low Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPMAIWP) hadir di hari pendaftaran pelajar Baharu KPMAIWP, bagi menyantuni para pelajar dan ibu bapa yang hadir dari seluruh negeri bagi pendaftaran pelajar baharu sesi Jun 2025. Ketua Pegawai Eksekutif meluangkan masa bertemu pada pelajar baharu […]

MAJLIS SINERGI BARAKAH SAKSI 13 KOLABORASI DAN SUMBANGAN RM428,800.00 KHAS UNTUK KOLEJ PROFESIONAL MAIWP

25 OGOS 2025, KUALA LUMPUR – Kolej Profesional MAIWP (KPMAIWP) pada hari ini menganjurkan Majlis Sinergi Barakah menyaksikan Upacara Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Perjanjian (MoA) KPMAIWP bersama dengan 13 agensi berikut:- 1. QTF Consulting 2. FamilyMart Malaysia 3. IKHLAS by AirAsia (Ikhlas.com) 4. Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) 5. Koperasi Belia Nasional Malaysia (KOBENA) […]

MAJLIS PENYERAHAN BAJU RAYA KEPADA PELAJAR-PELAJAR KPBKL

KUALA LUMPUR: Telah berlangsung di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) Majlis Penyerahan Baju Raya, hasil inisiatif Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dalam usaha membantu pelajar-pelajar KPBKL menyambut Aidilfitri. Kemuncak majlis adalah sesi penyerahan sumbangan baju raya disampaikan oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Aizuddin Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN kepada pelajar-pelajar KPBKL. Turut hadir memeriahkan majlis […]

MAJLIS RAHMAH MADANI RAMADAN MAIWP: IFTAR BERSAMA PELAJAR INSTITUT KEMAHIRAN BAITULMAL (IKB) DAN KOLEJ PROFESIONAL BAITULMAL KUALA LUMPUR (KPBKL) TAHUN 2025

KUALA LUMPUR: Pelajar-pelajar Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) diraikan dalam satu majlis Iftar bersama YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Menteri Agama). Majlis turut diserikan dengan kehadiran YBrs. Tuan Syed Kamarulzaman Syed Kabeer, Pengerusi, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan […]

KPBKL MENERIMA KUNJUNGAN IMAM BESAR MASJID AL-AQSA

KUALA LUMPUR: Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) menjadi salah satu destinasi pilihan dalam kunjungan Shaykh Dr. Ekrima Sa’id Sabri, Imam Besar Masjid Al-Aqsa, bagi siri Malaysia Tour 2025 beliau. Kunjungan ini disambut oleh Tuan Haji Zuri Zabuddin Budiman, Pengerusi KPBKL dan disertai oleh Prof. Madya Dr. Haji Mohammad Firdaus Low Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif, […]

Kunjungan Hormat Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) Ke Kolej Polytech-Mara (KPTM)

KUALA LUMPUR: Satu sesi kunjungan hormat telah diadakan oleh Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) ke Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd. (KPTM). Delegasi KPBKL diketuai oleh Tuan Haji Zuri Zabuddin bin Budiman, Pengerusi dan disertai oleh Prof. Madya Dr. Haji Mohammad Firdaus Low bin Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif; Puan Syarfina Junaida binti Bolhan, Pengarah Perancangan […]

KPBKL Adalah Antara Kolej-kolej Bersekutu (KKB) Yang Diraikan Dalam Majlis Penyerahan Insentif Dan Peluncuran Laporan Impak KKB UiTM

SHAH ALAM – KPBKL adalah antara Kolej-kolej Bersekutu (KKB) yang diraikan di Majlis Perasmian Penyerahan Insentif & Laporan Impak KKB UiTM, dirasmikan oleh Naib Canselor UiTM pada 10 Februari 2025. KPBKL dan iCEPS-UiTM telah menjalinkan kerjasama program pengajian dikenali sebagai program Usahasama UiTM yang menawarkan tiga program pengajian di KPBKL iaitu Pra Perdagangan, Diploma Perakaunan, […]

MENTERI AGAMA RAI 765 GRADUAN DI MAJLIS KONVOKESYEN KE-17 KPBKL

SERDANG – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, telah hadir untuk bersama meraikan 765 graduan daripada pelbagai program anjuran Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) di Majlis Konvokesyen Ke-17 KPBKL di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia, […]

Menteri Agama Rasmi Laluan Khas KPMAIWP–MAIAS Memperkasa Akses Pelajar kepada Aktiviti Kerohanian

KUALA LUMPUR, 25 September 2025 – Suasana penuh makna dan semangat komuniti mewarnai Kolej Profesional MAIWP (KPMAIWP) apabila YB Senator Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), merasmikan Laluan Khas yang menghubungkan KPMAIWP dengan Masjid Al-Imam Ash-Shafie (MAIAS). Laluan ini bertujuan memberi kemudahan kepada pelajar […]

KPMAIWP Mengasah Bakat Kepimpinan Pelajar Melalui Program Training of Trainers (𝐓o𝐓)

SELANGOR, 4 Oktober 2025 – Prof. Madya Dr. Hj. Mohammad Firdaus Low bin Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif KPMAIWP meluangkan masa hadir di Program Training of Trainers (TOT) Pelajar Kolej Profesional MAIWP (KPMAIWP) yang berlangsung pada 04 hingga 05 Oktober 2025, bertempat di Taman Alam Kuala Selangor. Program ini disertai oleh seramai 40 pelajar yang terdiri […]

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.