Santuni OKU Penglihatan: KPMAIWP Pupuk Jiwa Sukarelawan Pelajar Menerusi Program “OKU-Masyarakat Berpisah Tiada”

KUALA LUMPUR, 23 Julai 2026 – Komitmen Kolej Profesional MAIWP (KPMAIWP) dalam membentuk pelajar yang prihatin dan berjiwa sukarelawan terus dipupuk menerusi penganjuran program “OKU-Masyarakat Berpisah Tiada” hasil kerjasama bersama Persatuan Kebangsaan Pencegahan Buta (PERTIS), yang berlangsung pada hari ini. Program ini dilaksanakan sebagai sebahagian daripada keperluan kursus MPU2113 Penghayatan Etika dan Peradaban, dengan memberi […]

PROGRAM BICARA INSPIRASI: KASIH BERMULA DARI DIRI

KUALA LUMPUR, 22 JULAI 2026- Bahagian Pembangunan & Kerjaya Pelajar, Kolej Profesional MAIWP bersama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melalui Pusat Remaja KafeTEEN Pudu telah menjayakan Program Bicara Inspirasi: Kasih Bermula Dari Diri, yang menghimpunkan lebih 120 orang pelajar institusi pengajian tinggi sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Antaranya dari […]

SPISK KPMAIWP Meraikan Kecemerlangan Pelajar di Majlis Anugerah Dekan

KUALA LUMPUR, 29 Jun 2026 – Komitmen institusi pendidikan dalam melahirkan modal insan cemerlang terus diperkasa apabila Sekolah Pengajian Islam dan Sains Kemanusiaan (SPISK), Kolej Profesional MAIWP (KPMAIWP) berjaya menganjurkan Majlis Anugerah Dekan Sekolah Pengajian Islam dan Sains Kemanusiaan bertempat di Dewan Kuliah 1, Bangunan Pentadbiran, KPMAIWP pada hari ini. Encik Mohamad Amzari bin Aziz, […]

Jejualley Fest 2026: Pelajar SPPT KPMAIWP Sahut Cabaran Berniaga

KUALA LUMPUR, 29 Jun 2026 – Sekolah Perakaunan, Pengurusan dan Teknologi (SPPT), Kolej Profesional MAIWP (KPMAIWP) hari ini berjaya menganjurkan program keusahawanan “Jejualley Fest 2026”. Program yang berlangsung dengan meriah ini diadakan di perkarangan tempat letak kereta dan Lobi Kolej Kediaman Siswi KPMAIWP. Program keusahawanan ini melibatkan penyertaan aktif daripada para pelajar yang mengikuti kursus […]

Sekolah Perakaunan, Pengurusan dan Teknologi (SPPT) KPMAIWP Meraikan Kecemerlangan Pelajar di Majlis Anugerah Permata Ilmu

KUALA LUMPUR, 26 Jun 2026 – Komitmen institusi pendidikan dalam melahirkan modal insan cemerlang terus diperkasa apabila Sekolah Perakaunan, Pengurusan dan Teknologi (SPPT), Kolej Profesional MAIWP (KPMAIWP) berjaya menganjurkan Majlis Anugerah Permata Ilmu SPPT 2026 bertempat di Dewan Kuliah 1 pada hari ini. Majlis penuh gilang-gemilang ini diadakan khusus bagi memberi pengiktirafan tertinggi kepada para […]

KPMAIWP antara 28 Institusi Pendidikan Tandatangani MoU Bersama YADIM

Kuala Lumpur – Kolej Profesional MAIWP (KPMAIWP) merupakan antara 28 institusi pendidikan tinggi awam dan swasta yang menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dalam satu majlis rasmi yang berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan, hari ini. Majlis ini telah dihadiri oleh YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi […]

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KPMAIWP MERASMIKAN PENUTUPAN MESYUARAT DAN BENGKEL PERANCANGAN TAHUNAN INSTITUT KEMAHIRAN BAITULMAL

KUALA LUMPUR – Profesor Madya Dr. Haji Mohammad Firdaus Low bin Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Profesional MAIWP (KPMAIWP) pada hari ini hadir ke Majlis Perasmian Penutupan Mesyuarat dan Bengkel Perancangan Tahunan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB). Mesyuarat dan Bengkel Perancangan Tahunan IKB telah diadakan sepanjang 3 hari bertempat di Dewan Ibnu Jama’ah yang melibatkan semua […]

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KPMAIWP DI MAJLIS HIMPUNAN AGENSI HAL EHWAL AGAMA (MAHEA 2025)

KUALA LUMPUR – Profesor Madya Dr. Haji Mohammad Firdaus Low bin Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Profesional MAIWP (KPMAIWP) hari ini di Majlis Himpunan Agensi Hal Ehwal Agama (MAHEA 2025), dengan diiringi warga kerja dan Pengurusan Tertinggi KPMAIWP. MAHEA 2025 bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan ini merupakan anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi menghimpunkan […]

GRADUAN TERBAIK TERIMA PENAJAAN PAKEJ UMRAH IKHLAS.COM BERNILAI RM6,990 DI MAJLIS KONVOKESYEN KE-18 KPMAIWP

KUALA LUMPUR – Majlis Konvokesyen ke-18 Kolej Profesional MAIWP (KPMAIWP) hari ini berlangsung penuh meriah dengan kehadiran Ikhlas.Com sebagai penaja utama anugerah, bagi meraikan kecemerlangan akademik 479 graduan. Majlis gilang-gemilang ini diadakan di Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE. Antara sorotan utama majlis ialah penyampaian pakej Umrah bernilai RM6,990 oleh Ketua Pegawai Eksekutif Ikhlas.Com, Encik Ikhlas […]

PELAJAR ANTARABANGSA KPMAIWP DIRAIKAN DI SESI PERTEMUAN BERSAMA PENGERUSI KPMAIWP

KUALA LUMPUR – Tuan Haji Zuri Zabuddin bin Budiman, Pengerusi Kolej Profesional MAIWP (KPMAIWP) pada hari ini meluangkan masa beramah mesra dengan pelajar-pelajar antarabangsa KPMAIWP, bertempat di Dewan Kuliah 1. Menarik di sesi pertemuan santai ini, para pelajar teruja menyambut kehadiran Pengerusi KPMAIWP bagi berkongsi pandangan dan pengalaman mereka sepanjang berada di KPMAIWP sejak beberapa […]

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.