KUALA LUMPUR: Pelajar-pelajar Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) diraikan dalam satu majlis Iftar bersama YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Menteri Agama).
Majlis turut diserikan dengan kehadiran YBrs. Tuan Syed Kamarulzaman Syed Kabeer, Pengerusi, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP); YBrs. Encik Mohd Fauzi bin Abidin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIWP; serta pengurusan anak-anak syarikat MAIWP.
Tuan Haji Zuri Zabuddin Budiman, Pengerusi KPBKL meluangkan masa hadir ke masjlis ini untuk turut menyantuni para pelajar dengan diiringi oleh Prof. Madya Dr. Haji Mohammad Firdaus Low Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif KPBKL.
Pada majlis yang bermakna ini, MAIWP mengumumkan Bantuan Ramadan & Aidilfitri berjumlah RM1.305 juta kepada 4,250 pelajar institusi pendidikan MAIWP. KPBKL menerima RM270,000 daripada jumlah ini, manakala IKB menerima RM90,000 bagi membantu pelajar membuat persiapan Aidilfitri.
YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar turut mengumumkan penggabungan KPBKL dan IKB yang bakal dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.
Tarikh: 12 Mac 2025
Sumber: Bahagian Perancangan Strategik & Komunikasi


