KUALA LUMPUR, 03 Oktober 2025 – Prof. Madya Dr. Hj. Mohammad Firdaus Low bin Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif KPMAWP meluangkan masa menyantuni pelajar-pelajar Institut Kemahiran Baitulmal (IKB), pada sesi Town Hall bertempat di Dewan Kuliah 1, Kolej Profesional MAIWP (KPMAIWP).
Melalui sesi Town Hall ini Ketua Pegawai Eksekutif KPMAIWP berkongsikan hala tuju masa hadapan serta langkah-langkah yang strategik dalam memperkukuh identiti dan kekuatan institusi KPMAIWP, seiring penggabungan IKB kini di bawah pentadbiran dan pengurusan KPMAIWP.
Menarik di sesi ini para pelajar memperolehi pendedahan kemudahan-kemudahan yang boleh diakses di kampus KPMAIWP bagi manfaat pembelajaran mereka, hasil daripada penggabungan ini.
Pada sesi ini juga, para pelajar dapat berinteraksi secara langsung dengan pihak pengurusan KPMAIWP sebagai platform komunikasi dua hala yang harmoni dan penuh manfaat di mana turut hadir mengiringi ketua pegawai eksekutif ke sesi Town Hall ini ialah barisan pengurusan KPMAIWP dan pegawai kanan IKB.
Tarikh: 03 Oktober 2025
Sumber: Bahagian Perancangan Strategik & Komunikasi


