KPMAIWP TURUT SERTA DEKATI KOMUNITI DI KARNIVAL KESIHATAN & KESELAMATAN DI TAMAN SETAPAK INDAH 2026

KPMAIWP TURUT SERTA DEKATI KOMUNITI DI KARNIVAL KESIHATAN & KESELAMATAN DI TAMAN SETAPAK INDAH 2026

KUALA LUMPUR, 22 Ogos 2026– Kolej Profesional MAIWP (KPMAIWP) terus komited mendekati masyarakat menerusi pembukaan booth pameran dan promosi pendidikan sempena Karnival Kesihatan dan Keselamatan anjuran Pusrawi dan Rukun Tetangga Taman Setapak Indah 2026 yang berlangsung bertempat di Surau Jumaat Al-Amin, Taman Setapak Indah.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh  YBhg. Dato’ Lokman Noor Adam, Pengerusi Lembaga Pengarah Permodalan RISDA Berhad.  yang turut meluangkan masa beramah mesra bersama warga penduduk setempat. Barisan kepimpinan penganjur turut diwakili oleh Encik Mohd Yusoff, Pengerusi KRT Taman Setapak Indah, bersama Cik Siti Jamaaini,Pengarah Program.

Penglibatan KPMAIWP sebagai antara rakan strategik dalam karnival ini bertujuan untuk menyebarkan maklumat terkini berkenaan penawaran program-program pengajian, kemudahan biasiswa serta bantuan pendidikan, di samping membuka ruang perbincangan laluan kerjaya bagi pelajar lepasan SPM dan STPM di sekitar Setapak. Kehadiran booth KPMAIWP mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para ibu bapa dan anak muda yang mencari maklumat pendidikan tinggi.

Kehadiran YBhg. Dato’ Lokman Noor Adam di booth KPMAIWP turut diseri dengan penyerahan plak cenderamata daripada Pengarah Bahagian Perancangan Strategik & Komunikasi KPMAIWP, Puan Syarfina Junaida binti Bolhan. Penyerahan tersebut dibuat sebagai tanda penghargaan atas sokongan beliau terhadap pembabitan KPMAIWP dalam program berkenaan.

YBhg. Dato’ Lokman dalam ucapan perasmiannya menegaskan bahawa program sebegini amat penting kerana kesihatan dan keselamatan merupakan dua tonggak asas kehidupan seharian. Beliau turut memuji inisiatif integrasi antara aspek kesihatan, keselamatan, dan pendidikan yang dibawakan dalam karnival ini kerana ia bukan sahaja membudayakan gaya hidup sihat, malah memperkasakan daya saing serta kesedaran masyarakat setempat.

Pihak KPMAIWP ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan khusus kepada pihak Hospital Pakar PUSRAWI atas kerjasama dalam menjayakan pelbagai aktiviti pemeriksaan dan ceramah kesihatan buat penduduk. Syabas dan tahniah juga diucapkan kepada seluruh jawatankuasa penganjur KRT Taman Setapak Indah, para urusetia, serta sukarelawan atas penganjuran program yang bermanfaat dan meriah ini. Semoga usaha murni ini dapat diteruskan secara konsisten demi membina komuniti yang sihat, selamat, berilmu, dan sejahtera.

 

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.