LEBIH 200 AHLI BAKAT ATM TERIMA PENDEDAHAN PELUANG PENGAJIAN KPMAIWP

LEBIH 200 AHLI BAKAT ATM TERIMA PENDEDAHAN PELUANG PENGAJIAN KPMAIWP

Kuala Lumpur, 1 Ogos 2026 – Kolej Profesional MAIWP (KPMAIWP) terus komited dalam menyokong pembangunan modal insan dan pendidikan masyarakat apabila turut serta membuka pembukaan booth promosi pada Program Kesejahteraan dan Pemerkasaan Keluarga Badan Amal dan Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT ATM) 2026 yang berlangsung di Kementerian Pertahanan.

Penglibatan KPMAIWP di program ini bertujuan untuk memperluaskan akses pendidikan serta memberi pendedahan terus mengenai pelbagai peluang pengajian, tajaan, dan bantuan pendidikan yang ditawarkan khas untuk anak-anak Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Melalui pembukaan booth promosi ini, para pengunjung terdiri daripada lebih 200 ahli BAKAT Darat, Laut, Udara dan Markas ATM berpeluang mendapatkan khidmat nasihat pendidikan secara terus daripada pegawai KPMAIWP. Antara maklumat utama yang dikongsikan termasuk program-program Sijil dan Diploma yang diiktiraf,laluan kerjaya, serta kemudahan pembiayaan pendidikan yang dapat meringankan beban kewangan keluarga.

Pihak KPMAIWP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur Yayasan LTAT diatas peluang ini. Langkah ini sejajar dengan misi KPMAIWP untuk memastikan pendidikan berkualiti dapat diakses oleh segenap lapisan masyarakat, sekali gus membantu melahirkan generasi keluarga yang berilmu, berdaya saing, dan berpendapatan tinggi pada masa hadapan.

IKHLAS | ILTIZAM | IHTIRAM | IHSAN | ITTIHAD

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.