KUALA LUMPUR, 22 JULAI 2026- Bahagian Pembangunan & Kerjaya Pelajar, Kolej Profesional MAIWP bersama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melalui Pusat Remaja KafeTEEN Pudu telah menjayakan Program Bicara Inspirasi: Kasih Bermula Dari Diri, yang menghimpunkan lebih 120 orang pelajar institusi pengajian tinggi sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Antaranya dari KPMAIWP, UTM, UNITAR, UPTM, Kolej Breyer Kuala Lumpur, Goon International College & Food Institute College.

Majlis telah disempurnakan oleh En Mohamad Amzari Bin Aziz, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pentadbiran & Operasi) KPMAIWP, yang telah menyampaikan ucapan perasmian dengan menekankan kepentingan kesejahteraan mental dan emosi dalam melahirkan generasi muda yang berdaya tahan, seimbang serta mampu menghadapi cabaran kehidupan.
Dalam program ini juga terdapat beberapa pameran dan juga servis perkhidmatan dari agensi luar. Antaranya Polis Diraja Malaysia, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Perkhidmatan Kafeteen & Fakulti Sains Kesihatan UKM.
Program ini turut menampilkan tiga sesi perkongsian yang memberi fokus kepada pengenalan dan pengurusan emosi, kesihatan mental dari perspektif kesihatan awam serta pencegahan awal dan perlindungan diri daripada pelbagai risiko kehidupan. Pengisian tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan peserta mengenai kepentingan menjaga kesejahteraan diri dan menghapuskan stigma terhadap isu kesihatan mental.
KPMAIWP turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada LPPKN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atas Kerjasama dalam penganjuran program yang amat bermanfaat ini serta mengucapkan tahniah kepada seluruh jawatankuasa pelaksana, para penceramah, fasilitator dan rakan strategik yang telah menjayakan program tersebut.
IKHLAS | ILTIZAM | IHTIRAM | IHSAN | ITTIHAD
#KolejProfesionalMAIWP #LPPKN #KafeTEENPudu #KasihBermulaDariDiri #KesihatanMental #KesejahteraanRemaja #MAIWP #InspirasiRemaja