KUALA LUMPUR – Prof. Madya Dr. Haji Mohammad Firdaus Low Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPMAIWP) hadir di hari pendaftaran pelajar Baharu KPMAIWP, bagi menyantuni para pelajar dan ibu bapa yang hadir dari seluruh negeri bagi pendaftaran pelajar baharu sesi Jun 2025.
Ketua Pegawai Eksekutif meluangkan masa bertemu pada pelajar baharu dan juga ibu bapa di sekitar kampus. Di dalam pertemuannya bersama para pelajar Ketua Pegawai Eksekutif memberikan sokongan dan kata-kata semangat buat mereka,
“Semoga pelajar-pelajar baharu yang mendaftar pada hari ini dapat menyesuaikan diri dengan suasana kampus serta menggunakan peluang yang ada ini untuk menimba ilmu dengan sebaiknya, esok, pendaftaran akan diteruskan bagi hari kedua pendaftaran pelajar baharu KPMAIWP. Diharapkan agar semua pelajar yang akan hadir esok dipermudahkan segala urusan” – Dr. Firdaus
Turut mengiringi Ketua Pegawai Eksekutif ialah barisan pengurusan tertinggi serta pegawai-pegawai KPMAIWP yang terlibat.
Tarikh: Jun 2025
Sumber: Bahagian Perancangan Strategik & Komunikasi







