Kuala Lumpur – Kolej Profesional MAIWP (KPMAIWP) merupakan antara 28 institusi pendidikan tinggi awam dan swasta yang menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dalam satu majlis rasmi yang berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan, hari ini.
Majlis ini telah dihadiri oleh YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi dan dirasmikan oleh YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
KPMAIWP diwakili oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Hj. Mohammad Firdaus Low Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif KPMAIWP, sebagai penandatangan MoU, manakala Puan Rokiah Yunus, Pendaftar KPMAIWP bertindak sebagai saksi.
Pemeteraian MoU ini mencerminkan komitmen bersama dalam memperkukuh jaringan kerjasama strategik, khususnya dalam bidang dakwah, pembangunan insan serta pemerkasaan masyarakat demi manfaat agama, ummah dan negara.


