PERKUKUH KEFAHAMAN PENGURUSAN HARTA LUQATAH DALAM KALANGAN PENGURUSAN KPMAIWP

PERKUKUH KEFAHAMAN PENGURUSAN HARTA LUQATAH DALAM KALANGAN PENGURUSAN KPMAIWP

KUALA LUMPUR, 2 November 2026 – Bagi memastikan pengurusan barangan dan harta yang ditemui dilaksanakan mengikut tatacara serta ketetapan syarak, Kolej Profesional MAIWP (KPMAIWP) telah mengadakan sesi taklimat khas berkaitan pengurusan harta luqatah kepada pihak pengurusan kolej di Dewan Kuliah 1, KPMAIWP, hari ini.

Taklimat tersebut disampaikan oleh Ustazah Aspalela binti Hasan, Penolong Pengurus Sumber Am, Bahagian Wakaf dan Sumber Am, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), dengan kehadiran Ts. Yuriny bin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif KPMAIWP serta barisan pengurusan tertinggi, pensyarah dan warga kerja KPMAIWP.

Sesi perkongsian ini bertujuan memberikan penerangan, kefahaman serta panduan yang jelas berkaitan pengurusan barangan atau harta luqatah, khususnya dari aspek tatacara pengendalian, tanggungjawab serta perkara yang perlu diberikan perhatian apabila berhadapan dengan harta yang ditemui.

Perkongsian turut memberi penekanan terhadap aspek amanah, tanggungjawab dan ketelitian dalam menguruskan harta luqatah bagi memastikan setiap tindakan dilaksanakan secara teratur serta selaras dengan ketetapan syarak dan peraturan yang berkaitan.

Selain penyampaian taklimat, program turut membuka ruang interaksi menerusi sesi soal jawab bagi membolehkan pihak pengurusan mendapatkan penjelasan lanjut serta meningkatkan kefahaman berhubung pengendalian harta luqatah di peringkat kolej.

Melalui sesi taklimat ini, KPMAIWP berharap agar warga kerja dapat mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh dalam urusan pengurusan harta luqatah, sekali gus memastikan setiap amanah yang dipertanggungjawabkan dilaksanakan dengan penuh integriti dan tanggungjawab.

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.