KUALA LUMPUR: Telah berlangsung di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) Majlis Penyerahan Baju Raya, hasil inisiatif Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dalam usaha membantu pelajar-pelajar KPBKL menyambut Aidilfitri.
Kemuncak majlis adalah sesi penyerahan sumbangan baju raya disampaikan oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Aizuddin Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN kepada pelajar-pelajar KPBKL. Turut hadir memeriahkan majlis Encik Mohamad Amzari Bin Aziz, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pentadbiran & Operasi) beserta tetamu-tetamu jemputan.
YBrs. Tuan Haji Zuri Zabuddin Budiman, Pengerusi KPBKL hadir merasmikan majlis yang bermakna ini. Di dalam ucapannya, KPBKL sentiasa memberikan sokongan kepada kesejahteraan dan kebajikan para pelajar, akan disalurkan untuk manfaat pelajar-pelajar KPBKL.
Disamping itu, para pelajar turut digalakkan melibatkan diri dalam aktivti-aktiviti kemasyarakatan bagi memupuk semangat jati diri. Dalam ucapan itu juga, beliau turut menzahirkan rasa syukur dan penghargaan atas usaha PRIHATIN yang sentiasa cakna terhadap kebajikan pelajar.
Tarikh: 19 March 2025
Sumber: Bahagian Perancangan Strategik & Komunikasi







