KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KPMAIWP MERASMIKAN PENUTUPAN MESYUARAT DAN BENGKEL PERANCANGAN TAHUNAN INSTITUT KEMAHIRAN BAITULMAL

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KPMAIWP MERASMIKAN PENUTUPAN MESYUARAT DAN BENGKEL PERANCANGAN TAHUNAN INSTITUT KEMAHIRAN BAITULMAL

KUALA LUMPUR – Profesor Madya Dr. Haji Mohammad Firdaus Low bin Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Profesional MAIWP (KPMAIWP) pada hari ini hadir ke Majlis Perasmian Penutupan Mesyuarat dan Bengkel Perancangan Tahunan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB).

Mesyuarat dan Bengkel Perancangan Tahunan IKB telah diadakan sepanjang 3 hari bertempat di Dewan Ibnu Jama’ah yang melibatkan semua warga kerja IKB.

Bengkel yang diadakan setahun sekali ini bertujuan melaporkan pencapaian sepanjang tahun 2025 dan merancang pelaksanaan aktiviti bagi tahun 2026 dengan mengadakan tambah baik dari pelbagai aspek untuk pelaksanaan pelan strategik yang lebih berkesan, dengan memberi keutamaan kepada Pembangunan Pendidikan Kemahiran Pelajar.

Prof. Madya Dr. Firdaus dalam ucapannya mengharapkan dengan adanya sesi seumpama ini dapat meraikan penglibatan dan sumbangan idea semua warga kerja yang boleh dimanfaatkan untuk pembangunan KPMAIWP.

Mesyuarat dan bengkel berkenaan turut dihadiri pengurusan tertinggi KPMAIWP, serta pengurusan kanan IKB.

 

Tarikh: 4-6 November 2025
Source: Bahagian Perancangan Strategik & Komunikasi

 

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.